Sunday, 6 December 2009

PENGENALAN

Pengenalan:





Lautan adalah laut yang luas dan merupakan himpunan air masin yang sambung menyambung meliputi permukaan bumi yang dibatasi oleh benua ataupun kepulauan yang besar.
Ada lima lautan di bumi iaitu:







  • Lautan Artik



  • Lautan Atlantik



  • Lautan Hindi



  • Lautan Pasifik



  • Lautan Selatan



Untuk Lautan Selatan, pada beberapa negara dan kebudayaan di dunia, tidak dikenal sebagai suatu lautan tersendiri, melainkan terbahagi atas Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan batas selatannya pantai benua Antartika. Sementara pembahagian batas lautan oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa, Lautan Selatan adalah bermula dari pantai benua Antartika sampai batas 60 derajat Lintang Selatan.
Lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan luas sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman rata-rata 3790 meter. (Perhitungan tersebut tidak termasuk laut yang tak berhubungan dengan lautan, seperti Laut Kaspia).

0 comments: